Tuesday 6 December 2016


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan



MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana : 

1.   Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa . 
2.   Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa . 
3.   Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi). 
4.   Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak. 




KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi. 

1.   Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. 
2.   Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. 
3.   Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi. 

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. 

1.   Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. 
2.   Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. 
3.   Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang. 

Amalan 3R


Dengan mengamalkan 3R (pengurangguna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazirsumber-sumber di duniaKehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sebagaicontohjumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagimembuat tin minumanDengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masahadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikut......



Reduce – Pengurangan
Hanya beli apa yang diperlukan:

Kurangkan pembelian yang tidak perluJangan membeli barangan yang jarang digunakanBeli barangan buatantempatan.
Beli produk yang boleh diguna semula:

Beli barangan dalam botol (kacadan bateri boleh dicas semula.
Beli pencuci serbaguna:

Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
Beli barangan yang kurang bungkusan:

Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuangSokonglah bungkusan kertas.
Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:

Jangan simpanmembuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
Beli produk tidak bertoksik:

Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjinpengilap, cat dan racun serangga tidak boleh digunasemulaHabiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:

Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilapperabut yang baik.

Reuse – Guna Semula
Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga bolehdigunakan sebagai kertas skrap.
Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumahKertas yang telahdigunakan boleh dijadikan kertas contengJangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftanganJangan membakar kayu-kayu iniPembakaran terbukaadalah salah di sisi undang-undang.
Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula. 

Recycle – Kitar Semula
1.Kitar semula di rumah:
üSentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semulaAsingkan bahan-bahan ini mengikut jenisGunakanlahtong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
üCuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertasplastik, loam dan kacaBahan-bahan lainseperti perabotbarangan elektronikbahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
üBeli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

2.Mengitar semula di laman anda:
üMengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman andaMengkompos,iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reputdapat digunakan semula sebagai baja di lamanIa adalahcara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
üMengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabilarumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

3.Mengitar semula di sesebuah komuniti:
üPusat kitar semulamemberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahanbagi pengitaran semula.
üSekolah dan perniagaanboleh memainkan peranan yang pentingKedua-duanya boleh menjadi tempat rujukandan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
üProjek-projek komunitijalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktivitiaktiviti mengitarsemula. 



Kesan sekiranya Amalan KitarSemula Di Abaikan

MENDATANGKAN BANYAK PENYAKIT


Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan  banyak penyakit kepada manusia. Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga yang membawa penyakit  seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Umum mengetahui bahawa gigitan nyamuk aedes ini  boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar pula akan menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma.



BOLEH MENYEBABKAN BENCANA ALAM



Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagal contoh, pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh boleh berlaku apabila kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Selain itu, kejadian banjir kilat juga berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air sungai ke laut terhalang oleh sampah sarap tersebut.



MENYEBABKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR TERJEJAS



Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Apabila banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang tidak menentu adalah disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin bertambah.
AKTIVITI MELIBATKAN KITAR SEMULA



gambar di atas menunjukkan bahan-bahan seperti kaca, kertas dan plastik.
bahan-bahan ini dikumpulkan untuk tujuan kitar semula.


AKTIVITI PERTANDINGAN YANG MELIBATKAN KITAR SEMULA


BAHAN YANG DIPERBUAT DARIPADA KERTAS

BAHAN DARIPADA BOTOL DAN KOTAK TERPAKAI

BAHAN DARIPADA BOTOL MINUMAN TERPAKAI


Jom amalkan Amalan Kitar Semula dalam Kehidupan Seharian....

No comments:

Post a Comment